Pengalaman ada Denyutan Jantung Tidak Sekata (Aritmia)

Pengalaman ada Denyutan Jantung Tidak Sekata (Aritmia)

Pengalaman saya terkena Denyutan Jantung Tidak Sekata (Aritmia)

Nak dijadikan cerita Dec 2021 saya demam. Suhu pada awalnya tak tinggi pun. masih boleh buat kerja. Tapi tetiba dalam pukul 11 pagi hari tu saya jadi menggigil. check suhu 40. mengigil tak lama. dalam 30minit – 40minit atau tak sampai pun. selepas tu saya muntah. selepas muntah stop suhu panas 40 jadi 36-37 je. mengigil pun hilang. pelik la kan

Hari ke 2 selepas asar sama juga kejadian. tetiba saya demam mengigil. suhu naik 40 dan saya muntah. selepas muntah suhu ok dan mengigil berhenti. Masa hari ke 2 tu saya dah mula fikir macam macam. Aku dah nak mati ke? kena covid ke? dan disebabkan sangat takut stress saya jadi panic attack. Kaki tangan jadi kejang. Jantung laju sangat. Husband terus bawa ke hospital

Dalam perjalanan ke hospital husband suruh tarik nafas, zikir banyak banyak. dalam beberapa minit dalam kereta kejang tadi hilang. jantung dah berkurang laju.  Bila dah rasa okay cakap kat suami taknak ke hospital . Kita p Klinik adik saya je. senang sebab dia dah tau rekod kesihatan saya.

Sampai ke Klinik adik, suhu normal. Bacaan oksigen normal tapi jantung laju lebih 100 bacaaan nya. memang terasa jantung laju. Adik boleh test jantung dan ambil darah. Ujian darah semua ok. HB pun normal. Cuma bacaan pada jantung ada Denyutan Jantung Tidak Sekata (Aritmia).

Dia buat surat refer ke hospital untuk check tapi saya taknak. Saya cakap takpa bagi saya relax dulu sebab saya rasa jantung laju sebab panic attactk,anxiety. Apa apa risiko saya ambil. Adik doktor pun tak boleh buat apa dengan kakak yang degil

Ini atas risiko saya ye. Korang yang baca ni jangan follow pulak. p jumpa doktor. nanti kata saya hasut pulak. nak p atau tidak tanggungjawab sendiri ye

Balik rumah setiap hari check sendiri bacaan blood pressure. Bila ambil bacaan akan nampak IHB terpapar pada mesin bp tu. IHB bermakna irregular heartbeat. Bacaan ni mungkin kurang tepat. tapi saya nak at least beberapa bulan cuba sendiri tanpa ubat.

 

nampak bacaan pada mesin tu IHB.

How accurate is irregular heartbeat on blood pressure monitor?
In summary, the device has a diagnostic accuracy of 87.88% with a sensitivity of 100% and a specificity of 84.8%. ~ PMC
Selepas beberapa bulan sampai sekarang tiada lagi IHB tu . Alhamdulillah

Apa yang saya lakukan?

1. Berat badan

Masa saya kena ni berat badan saya memang naik. Selepas keguguran dan ada beberapa benda terjadi membuatkan saya stress,down sangat. Ditambah pulak dengan PKP, COVID . Alhamdulillah saya tak pernah kena covid. Masa ni berat saya naik 62kg. dengan ketinggian 150cm. 62kg tu dah overweight tau.
jadi saya turunkan berat. Alhamdulillah berjaya capai 52kg. misi nak 45kg pulak hehehe .

2.Jaga makan

Saya banyak makan sayur, buah. Sebelum ni pun jarang makan fast food. jajan pun. mungkin masih belum cukup lagi bab jaga makan. Jadi saya tambahbaik lagi bab jaga makan. Saya kurangkan protein haiwan banyak protein tumbuhan . mee bihun roti pun saya kurang kan. makan nasi lebih baik

3. Bersenam

Saya tak la p gym, lari 5km 10km pun. Saya jalan sejalan je pusing pusing taman rumah. Petang sambil tengok anak main playground. Saya pun keluar enjoy suasana petang .

4. Makan Supplement

Ini saya memang tak skip dan bila kena saya banyak kaji balik dan makan dengan lebih konsistent. Antara supplement yang saya ambil RESV, Omega Guard dan Coqtrol . Supplement ni sangat membantu untuk dapatkan kembali denyutan jantung normal selain jaga makan senam

5. Jaga emosi

kalau tengok media sosial boleh buat jadi stress, anxiety maka stop. Layan benda yang buat kita happy. Buat la aktiviti yang kita suka. tanam bunga ke , layan drama korea ke. apa apa la janji buat benda yang kita happy.

Supplement yang saya ambil dan sangat membantu tahap kesihatan

1. ResV

 

 

 

 

Resveratrol membantu saluran darah untuk berehat dan mengembangkan yang memudahkan darah mengalir dengan bebas melalui arteri dan juga menstabilkan degupan jantung . Selain itu, Resveratrol adalah antioksidan yang bermanfaat dalam mencegah unsur-unsur berbahaya dalam badan daripada menyerang sel-sel sihat.

Ciri-ciri antioksidan resveratrol juga menawarkan manfaat kesihatan tertentu dalam pencegahan penyakit jantung dan mengurangkan keradangan tisu paru-paru pada penyakit paru-paru tersumbat kronik [chronic obstructive pulmonary disease (COPD)].

Penyelidik di University of Illinois, di bawah arahan Dr John Pezzuto, telah mendedahkan maklumat baru dan menarik tentang resveratrol. Kajian telah menunjukkan bahawa resveratrol boleh mencegah penyakit jantung dengan menghalang pembentukan pembekuan darah, yang boleh mencetuskan kedua-dua serangan jantung dan strok.

 

 

2. Omega Guard

 

 

 

 

Degupan jantung adalah bilangan kekerapan jantung berdegup (biasanya dalam minit). Manakala ritma jantung pula corak dengupan jantung.

Jantung yang sihat ada ritma jantung yang stabil. Penyelidikan telah menunjukkan Omega 3 membantu menormalkan ritma jantung yang tidak stabil dan mengurangkan risiko mati mengejut.

 

3. Coqtrol

coqtrol lajukan sperma

 

 

CoQ10 sangat penting untuk:

  • Tenaga kepada sel, supaya jantung dapat berfungsi dengan baik
  • Mengurangkan kesan sampingan pengambilan statin
  • Menggalakkan pengeluaran enzim CoQ10
  • Melindungi arteri daripada kerosakan akibat oksidasi LDL

 

Ini merupakan pengalaman saya sendiri ye. Diingatkan supplement bukan merawat penyakit. dan ini atas risiko saya sendiri. Kalau anda ada penyakit jantung yang kritikal jumpa doktor okay. nanti doktor marah saya hasut korang pulak.  Tujuan saya berkongsi untuk bantu yang ada masalah ini supaya hidup lebih sihat. Supplement perlu tak kira sihat ke sakit. hari hari kena makan.

Kalau dah jumpa doktor dan nak mencuba supplement untuk bantu proses lebih cepat, badan kuat maka boleh la hubungi saya untuk dapatkan supplement ni

www.wasap.my/60133612717/IHB

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge