Buat IC Anak 12 Tahun di UTC Shah Alam

Buat IC Anak 12 Tahun di UTC Shah Alam

Alhamdulillah selesai sudah tanggungjawab sebagai warga negara bila mencapai usia 12 tahun iaitu buat kad pengenalan. Pejam celi dah 12 tahun anakku. Blog ini pun bermula dari kisah kawen, pengalaman mengandung, melahirkan, Menyusukan Arreessa Zulaikha. Blog pun dah sebaya anak umurnya

Begitulah masa berlalu pergi. Anak makin membesar kita makin tua. umur tua takpa. Jiwa tetap muda kan hehehe

Hari rabu kebetulan cuti sekolah sempena Deepavali. Ok boleh la pergi buat IC. Kami konon nak p petang mesti orang tak ramai kan. yelah orang kan balik kampung. Sampai ke UTC Shah Alam dalam pukul 2-3 macam tu. Kereta penuh jadi kami parking di SACC senang. Sampai je kat kaunter JPN tu no permohonanan dah ditutup. sekali penuh sampai 8.30malam.Esok ajee la sambung

Dah alang alang keluar tu kita “we time ” dengan kakak. Dengar cerita dia, layan dia nak makan apa.

Anak pun dah makin tinggi dengan mak . Baju, seluar kasut pun dah boleh share hehehe. dan masa ni kena layan anak anak macam kawan. tak la 100% macam kawan. ada masa kena juga dilayan macam anak mak . Ikut keadaan la kan.

” kakak nak apa? nak makan apa? ” 

” jom mama p Family Mart. nak ramen boleh ke? 

Dalam banyak banyak makanan ramen juga kau minta. Sebab susah nak dapat approval mama babah nak makan benda ni kan. Jadi hari ni ok boleh makan.yeye!!

Kalau kita mak mak kena ada me time maka kita dengan anak anak pun sesekali kena ada we time. Kita parents dengan anak je. Hari ni kakak,esok adik pulak. Masa untuk mereka ada ruang untuk bercerita dan kita pun ada masa ruang mendengar mereka.

Bila anak makin remaja emosi dah lain.nak tegur dah tak boleh suka hati. Cepat sentap.

Saya pun masih belajar menjadi mak, kawan baik kepada anak anak. Kisah orang lain pasal anak sulung ni buat saya pun kena belajar baiki diri. Allah pilih mereka untuk kita jadikan ikhtibar. Adakah kita belajar dan tambah baik atau sebaliknya.

Semalam dah datang tapi datang petang kan. No giliran dah penuh sampai 8.30malam. jadi hari ni semangat datang awal pagi. semua anak anak kejut awal pagi siappp

Hari ni sampai UTC Shah Alam dalam 7.58 pagi. Datang awal sebelum pukul 8 pagi pun no ke 14 ye.Jadi pesanan saya datang awal pagi. Dah ambil no kena menunggu la.

buat ic anak 12tahun

Rombongan punya la ramai nak teman kakak buat IC. ada 2 orang anak adik yang datang sleepover kat rumah. cuti sekolah kan.

Masa ni datang awal masih ada tempat duduk tapi makin lama makin ramai tau. Sebab tu kena datang awal. disebabkan orang makin ramai jadi yang tak berkenaan dalam pembuatan IC, suami bawa p tingkat atas untuk sarapan. jadi koranng yang 1st time datang UTC Shah Alam jangan risau. Food Court, surau semua ada

makan nasi lemak pada bodyguard kakak. nasi lemak ni sedap tau. cuma pedas sambal dia.

Saya dan kakak menunggu di JPN. Sampai ke no giliran. Serahkan document

1. SURAT BERANAK ANAK ASAL

2. KAD PENGENALAN MAK/AYAH/PENJAGA

Kalau nak tukar alamat maka kena bawa bukti alamat baru. Silalah bawa BIL AIR/BIL ELEKTRIK apa apa la yang bersesuaian

Pegawai akan minta kita mak ayah check alamat yang akan tertulis pada ic anak, sahkan.

Ambil gambar anak . oh ya anak perempuan pakai tudung hitam atau warna gelap ye. Arreessa dah pakai tudung hitam dari awal. jadi jimat masa

Siapppp !!!

Serius pantas betul JPN UTC SHAH ALAM ni

Pegawai akan bagi masa pukul berapa kena datang balik untuk ambil ic. tak sampai 1jam IC dah siap. siap hari yang sama ye. OIeh itu datang la awal

Semoga bermanfaat pada yang nak buat IC anak nanti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge