Pengalaman membeli DINAR EMAS
Bila dapat bonus apa yang kita nak buat dengan duit tu?? shopping? beli hangbag LV, Chanel?? tak pun melabur dekat saham??? ASB??? macam-macam pendapat la kan..
Baru-baru ni, Alhamdulillah husband berjaya buka mata hati Ainul untuk melabur dalam dinar emas. Pernah dengar tak dinar emas? bukan duit Arab ye 🙂
Rasanya ramai yang dah tahu pasal keuntungan melabur dalam emas tetapi ramai yang tak tahu cara-caranya dan kat mana nak beli emas ni kan..
Dengan sedikit pelaburan dari tabung haji, kami keluarkan untuk beli emas. Ini untuk Arreessa. huhuhuu Arreessa lagi kaya dari mama 🙂
Agen yang jual dinar emas ni banyak cuma kena pastikan yang betul-betul la kan. Terutama yang melaksankan sistem Islam. Dunia nak tapi yang PASTI akhirat nanti..
Agen yang kami pilih adalah Amsyiq Gold. Kedainya terletak di Seksyen 7 Shah Alam. Betul-betul deret Fareeda tu. Senang je kan nak cari 🙂
Harga emas ni bergantung pada harga semasa. Jadi ada masa naik dan ada masa turun. Rajin-rajin la google ye untuk check harga emas.
Yang ini harga semasa dari website Amsyiq gold.
Type | We Sell (RM) | We Buy (RM) |
1/2 Dinar 916 | 401.00 | 381.00 |
1 Dinar 916 | 802.00 | 761.00 |
1 Dinar 999 | 874.00 | 830.00 |
2 Dinar 999 | 1747.00 | 1660.00 |
1g Gold Bar | 212.00 | 201.00 |
5g Loket Coin | 1028.00 | 977.00 |
10g GB/LC | 2056.00 | 1953.00 |
20g LB/LC | 4033.00 | 3831.00 |
25g Gold Coin | 5041.00 | 4789.00 |
50g Loket Bar | 10081.00 | 9577.00 |
100g GB/GC | 20061.00 | 19058.00 |
1 Dirham Amsyiq | 30.00 | 24.00 |
5 Dirham Amsyiq | 150.00 | 122.00 |
30 Dirham Amsyiq | 900.00 | 734.00 |
Jewellery 999 | 201.00 | 171.00 |
Jewellery 916 | 190.00 | 161.00 |
Syukur berjaya beli 3 Dinar emas untuk Arreessa. Sekarang ni memang dah plan asal ada je duit terus je beli emas. 1/2 dinar pun boleh. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan 🙂
Apa yang untung pasal pelaburan emas ni??
Anda tahu tak yang kita boleh cagar emas tu?? Duit dapat, emas pun dapat …
Caranya mudah sahaja…
Bila dah ada emas tu dan kita perlukan duit, hanya perlu bawa emas anda ke Amsyiq. Kita akan dapat duit cash 65% dari nilai emas yang kita ada. Tempoh cagaran adalah 12bulan. Lepas dah habis tempoh, kita pun dah settle bayar maka emas tu kita dapat balik. Faham tak?? kalau tak berapa jelas baik la sekiranya kalian ke Amsyiq ni dan bertanya terus kepada mereka yang pakar.
Sesungguhnya sangat la berbaloi!! sebab itu dalam Al-Quran dah sebut emas & perak.
Akak dh lama dgr pasal dinar emas ni cuma x brp paham sgt mcmn..t.ksh diatas penjelasan ainul..Insyaallah..rasa teringin juga..bagus sgt rupanya..:)
mcm menarik je ainul..
thanks for sharing..
dr last year lg nak beli..
tp x beli2..mb pasni kene cepat..
dl kawen harga emas x semahal skrg..
thanks for sharing ainul..harga emas makin lama makin naik kan?better melabur camni lagi dr buat saving..
chop..ainul,nk tnya..emas tu kita pegang sendiri ke?simpan sendiri or kt bank?
ariana: p la try. InsyaALLAH berbaloi
ain: welcome dear. emas mmg makin naik.kalau xbeli skrg lagi rugi
rdna: emas tu kita simpan.
Kedai kt shah alam je ke..ade x yg kt sri kembagan..pm me ainol 0123211659
Kedai kt shah alam je ke..ade x yg kt sri kembagan..pm me ainol 0123211659