Resepi Donut Sedap Confirm Jadi Kalau Follow

Resepi Donut Sedap Confirm Jadi Kalau Follow

Alhamdulillah dah seminggu lebih kita di tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Masa ini boleh dikatakan semua mak mak sibuk didapur masak, mencuba resepi baru.

kalau dulu jarang nak masak dirumah sebab sibuk bekerja. sekarang Allah bagi kita peluang untuk masak bagi anak suami makan

Ainul pun masa inilah upgrade skill memasak terutama bab buat kek, kuih. kalau masak lauk ok no hal. tapi buat kuih kek memang fail.huhu

Bila anak anak asyik lapar bosan. So kita jadikan aktiviti buat kek kuih sebagai aktiviti bersama dan kita pun boleh belajar kan

Hari ini Ainul nak kongsi resepi donut yang Ainul dapat dari facebook

info dari Group Masak Apa Hari Ini

RESEPI DONUT/BOMBOLONI SIMPLE, CONFIRM JADI!😍

Bahan A:
1 paket yis kering (11g)
2 sudu besar susu pekat
1 1/2 cawan air suam (anggaran 320g)
2 sudu besar gula

Bahan B:
4 cawan tepung gandum (540g)
2 sudu besar marjerin (50g)
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam

Cara-cara:

-Campurkan semua bahan A ini dan biarkan ia kembang(15minit)
-gaul bahan B sehingga menjadi seperti serbuk roti.
-Apabila ia telah menjadi seperti serbuk roti, masukkan Bahan A dan gaul sehingga adunan rata.
-Jika adunan menjadi sedikit lembik jangan tambah tepung.
-Biarkan selama 1 jam.
-Pastikan adunan disimpan di dalam bekas yang bertutup rapat
-Selepas 1 jam, tumbuk adunan tadi untuk mengeluarkan angin.
-Bulatkan doh dan biarkan doh kembang seketika.
-guna acuan donut@blh bentukkan sendiri..
-Biarkan selama 10 minit
-Doh boleh digoreng. Pastikan minyak panas dan goreng dengan api yang sederhana.
-tos minyak sekejap.
-gaul dengan gula castor @ celup coklat@ letak cheddar

1 adunan dapat +-30 biji kalau guna acuan donut kecil.cuba la!😁

Tadaaa ini donut Ainul ye. maaf rupa tak berapa comel. hihi amatur la katakan. tapi rasa memang sedap. Suami pun cakap sedap.anak anak makan banyak.Alhamdulillah puas hati kan

Selamat mencuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge