Resepi Donut Senang & Sedap
Musim cuti sekolah ni, Ainul memang terpaksa merajinkan diri membaking. tak pandai sangat pun tapi sebab nak ajak Arreessa buat aktiviti dan ajar dia so kena la buat sesuatu kan.
Last week Ainul dengan Arreessa buat pizza. 1st time buat ok la janji diri sendiri , anak anak husband boleh makan kan… Resepi Pizza Homemade boleh tengok kat sini.
Kali ini plan nak buat donut pulak. Ainul punya style resepi takde timbang timbang. Sebab kat rumah takde penimbang. malas nak beli. jadi cari resepi yang guna cawan je.
Resepi donut ni, Ainul refer dari blog Dapur Mamasya . Cara yang senang, simple dan Ainul dah try memang menjadi. Gebu, lembut dan sedap. Makan panas panas lagi la sodapp… Masa buat ni , duduk di rumah mertua. Mak Mertua puji sedap. Kembang semangkuk la kan. tips memikat hati mak mertua tu ye…
Bahan Bahan Donut Senang & Sedap
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam kuku
2 sudu besar mentega
6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis)
3 sudu besar susu pekat manis
1 paket yis (jenama mauripan)
1 biji telur
1 cawan air suam kuku
2 sudu besar mentega
6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis)
3 sudu besar susu pekat manis
1 paket yis (jenama mauripan)
1 biji telur
Cara – Cara Menyediakan Donut Senang & Sedap
- Cairkan mentega dan ketepikan.
- Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut.
- masukkan yis, kacau lagi.
- Biarkan selama 10 minit.
- Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
- Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau. Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati
- Biar adunan lagi selama 45 minit.
- Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.
- Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai.
- tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.(ini utk buat bentuk ring donut)
- Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata.