Result SPM Tak Berapa Baik, Apa Nak Buat?

Result SPM Tak Berapa Baik, Apa Nak Buat?

Dalam 7 adik beradik saya result SPM paling teruk. Teruk tak la sampai semua GAGAL. Cuma tak la straight A hehe

Bayangkan adik adik kau semua straight A sejak UPSR, PMR, SPM. Semua MRSM . Aku budak sekolah biasa

Malu,kecewa ofcos la. Kau manusia bukan malaikat mahu pun robot.

Saya bersyukur ada mak ayah yang sangat memberi semangat walaupun apa jua result saya.

Ayah pernah cakap dengan saya masa tu dalam kereta nak ke pekan.

” Nak ke pekan lalu jalan ni cepat sampai. Tapi kita boleh lalu jalan kampung A pun akan sampai ke pekan. Lalu kampung B pun boleh sampai ke pekan tapi jauh sikit ”

” Kalau destinasi kita nak masuk U, akan ada banyak laluan. Ada orang terus SPM, ada orang masuk matrikulasi, form 6.ada yang kerja dulu lepas tu sambung degree. Destinasi sama cuma jalan berbeza ”

Saya ingat kata kata ayah sampai sekarang. Pegang kuat kuat.

Laluan saya masuk matrikulasi. Sampai sana melihat kawan kawan dari MRSM, Tunku Kursiah, Sek Sains, SMKA, Seri Putri, Alam Shah.semua la list sekolah hebat kat Malaysia.

Masa tu rasa tercabar sangat. Semangat berkawan dengan orang orang hebat. Nak jadi hebat, result hebat macam diaorang juga

Dengan result matrikulasi saya berjaya masuk UTM kejuruteraan elektrik ( telekomunikasi). Alhamdulillah. dapat choice pertama masa isis borang UPU dengan pointer yang terbaik

 

 

Dan di UTM course engineering yang susah. struggle la juga. dan masa tu jumpa jodoh hehe . Apapun syukur masa graduasi saya grad dengan kelas kedua tinggi.

Masa konvo ayah peluk erat saya ” tahniah kakak.ayah bangga. Contoh pada adik adik ”

Pada anak anak SPM apa juga result korang terima dan kalau rasa result tak bagus ,ada banyak lagi peluang untuk jadi lebih baik.

Kepada mak ayah, peluk cium anak anak.bangga tak kira apa jua result mereka.

Jalan ke puncak kejayaan ada banyak. Cuma kadangkala jalan kita pilih banyak cabang, duri,lopak

Yang penting jangan berhenti belajar,mencari ilmu. Pengalaman dalam mencari mengali ilmu itu membentuk kita hari ini.

Gambar ayah lelaki teragung saya. Terima kasih ayah 🥰🥰🥰

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge