Review Squid Game Sesuai ke Mak Mak Tengok dengan Anak Anak

Review Squid Game Sesuai ke Mak Mak Tengok dengan Anak Anak

Fenomena movie sekarang kalau tanya mana mana malah anak anak pun mesti tahu Squid Game. Bila dah bergelar mak mak ni setiap movie kena tapis. Boleh ke tengok dengan anak anak. Sesuai ke? Ada aksi dewasa atau aksi ganas yang melampau tak?

Jangan asal fenomena semua cakap kita pun terus tengok tanpa kaji dulu movie ni sesuai ke ada moral ke untuk anak anak.

Ini review Ainul yang dah tengok dan pendapat Ainul sebagai kategori mak mak orang ni . dan kalau tanya Ainul personally tidak digalakkan tengok dengan anak anak walaupun squid game permainan kanak kanak

Ianya movie kisah orang orang berhutang, banyak hutang , terdesak nak duit yang sanggup masuk ke game yang dikatakan antara hidup dan mati. kena sanggup mati kalau nak duit berbillion tu

antara sebab kenapa tak sesuai tengok dengan anak anak adalah

1.Ganas

Semua rasanya pun tahu kan. Aksi tembak pecah kepala semua ada. paling dok teringat scene Ali gaduh dengan bos dia. gaduh gaduh di kilang tangan bos dia masuk dalam mesin .. hancur !! adoii seram

Ainul nak masak pegang pisau pun tetiba teringat scene tu. terus letak pisau hahaha

Ada juga scene geng gangster bunuh kelar leher macam tu je. kalau korang jenis tak boleh tengok tak payah la tengok.

ada juga scene dimana orang pakai baju pink tu buat pembedahan organ. penuh darah. tu pun rasa nak muntah. Ainul la.patut tak jadi doktor hehehe

 

2. Aksi Adult

Walaupun tak banyak tapi ada dan nampak pulak t*t*k perempuan tu. Adoiii

selain tu ada juga dialog yang kurang sesuai , aksi lelaki samseng tu tanda nak berehemmmm dengan perempuan tu.

Dari anak anak tak tahu jadi tahu dan takut tiru pulak. ingat benda apa kan..

Scene dalam tandas kejap je tapi kita yang dewasa ni kalau boleh cepat cepat la skip. Episod ke 4 ok. bagitau siap siap hehe .. min ke 27-30 mcm tu la. lupa dah

Ainul sebelum tengok tanya kawan kawan dulu. Nasib baik ada yang dah kasi spoiler mana yang tak sesuai.

 

itu sisi yang tak sesuai akan tetapi jalan cerita squid game ni menarik sebab kalau kita tengok betul betul ianya pasal kita. ” orang yang berkuasa adalah orang yang beri hutang  ~ Dialog Vagabond ”

bila kita banyak hutang, orang yang beri hutang boleh buat apa sahaja. macam squid game ni. orang yang nak bagi duit boleh tentukan nak bunuh kita ke nak kita selamat ke

Ainul pernah banyak hutang juga. serabutnya ! dapat duit walaupun income T20 tapi kejap je licin.  2017 tekad nak settlekan hutang. 2018 syukur settle semua hutang dan berjaya bebas hutang. perasaan dia best giler. ringan segala kepala

Benda yang positif kita boleh belajar dari cerita Squid Game ni adalah jangan berhutang, keluar dari sistem yang nampak memberi kemewahan tapi membunuh kita. inilah dunia sekarang. dan kita semua kalau memilih ikut sistem tanpa sedar kita adalah player squid game

Kalau ada yang masih ragu ragu nak tengok atau tidak, rasanya tak perlu kalau kita jenis anxiety disorder, jenis tak boleh tengok darah, aksi ganas dan menjaga mata dari tengok aksi dewasa yang rasa nak muntah. tapi kalau korang nak tengok lihat sisi positif dia silakan. ambil pengajaran. bebaskan diri dari game dunia ni.

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge