Sarapan Pagi Di Cafe Cikgu Banting Selangor

Hi semua. Sihat ke? ramai dengar yang tak sihat. positif covid la. ramai pulak kawan kawan kena covid sekarang. Semoga semua yang kena cepat sembuh la ye. Jaga makan dan ambil Suplement. Supplement yang Ainul cadangkan pada ramai kawan, customer yang kena covid dan sangat membantu cepat sihat ambil set ini. cuba la ye

Ok kita kembali pada cerita jalan jalan kami. Hari tu kami ke Pantai Remis ,makan di Kuala Selangor. Kali ini kami ke Banting pulak. Macam biasa kami gerak dari Shah Alam awal pagi. pukul 7 dah keluar rumah. Husband Ainul memang suka gerak awal. morning person kami ni. hehehe. perjalanan ke Banting dalam sejam lebih je tapi jadi lambat sebab hujan je sepanjang perjalanan.

Sampai di Banting hampir pukul 9 pagi. Perut dah lapar. kita cari makan la dulu. isi perut anak anak dulu. Sejuk ni sedap pekena nasi lemak, kopi panas. Kami makan di Cafe Cikgu. Korang waze je cafe Cikgu. pasti akan jumpa.

Sarapan Pagi Di Cafe Cikgu Banting Selangor

 

Makanan apa sedap kat sini?

Kami order roti canai, lontong, nasi lemak. Semua sedap. Kuah roti canai sedap, roti lembut. Sambal nasi lemak sedap pedas. Ainul makan lontong sambal sotong. korang wajib cuba . sedappp

Sarapan Pagi Di Cafe Cikgu Banting Selangor

 

Sarapan Pagi Di Cafe Cikgu Banting Selangor

minuman haruslah kopi kosong panas. Ainul dah bertahun kurang minum minuman manis macam teh tarik, nescafe tarik. Mungkin tak minum langsung cuma kurangkan. Sesekali teringin order juga. Kadang order secawan share dengan husband. Sangat membantu kurangkan ketagihan benda manis. boleh je kita hidup tanpa minum teh tarik nescafe tarik ni. kena buang dulu ketagihan ni.

Suasana Cafe Cikgu Banting

Kedai ni simple, selesa dan sejuk je tenang dengan suasana kampung . nah tengok la sendiri. suasana pagi tu pulak sejuk hujan lagilah rasa nyaman sekali

 

Sarapan Pagi Di Cafe Cikgu Banting Selangor

 

Sarapan Pagi Di Cafe Cikgu Banting Selangor

Terima kasih kepada Cikgu Owner cafe Cikgu. rezeki anak anak datang pagi sarapan dapat kek free. tak sempat nak rasa anak anak dah habiskan. diaorang nak suruh mama diet la tu huhuu

dan dapat belon lagi. seronok betul anak anak dapat belon, kek. Rezeki anak anak Alhamdulillah

Sarapan Pagi Di Cafe Cikgu Banting Selangor

Nak sarapan mana kalau ke Banting? boleh la singgah ke cafe Cikgu ni ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge