Supplement Pre Menopause yang Saya Amalkan
Suatu ketika dahulu blog ini dibina zaman saya belum berkahwin. Di zaman umur 20an. Pejam celik blog ni masih wujud sampai sekarang saya pun dah masuk 40an hehe.. Bila masuk usia 40an ni tak nak tak boleh lari dengan nak menghadapi fasa pre menopause. Bila dengar cerita orang ishh macam macam la. Setakat ni tanda tanda belum ketara lagi. period masih datang tepat pada waktunya. dan antara yang saya jaga dan amalkan sejak umur 20an adalah pengambilan supplement. Hari ni saya nak kongsikan Supplement Pre Menopause yang Saya Amalkan
Tanda Tanda Premenopause

Premenopause (perimenopause) adalah fasa peralihan sebelum menopaus, biasanya berlaku pada usia 40-an. Tanda utama termasuk kitaran haid tidak teratur (lebih pendek/lama), hot flashes (rasa panas melampau), gangguan tidur, perubahan emosi (mood swing), kekeringan faraj, penurunan libido, dan perubahan fizikal seperti peningkatan berat badan.
- Kitaran Haid Tidak Teratur: Ini adalah petanda paling awal. Tempoh haid mungkin menjadi lebih panjang, lebih pendek, darah lebih banyak atau sedikit daripada biasa, dan selang masa antara haid tidak menentu.
- Hot Flashes (Panas Badan): Rasa panas secara tiba-tiba yang bermula di bahagian dada atau muka dan merebak ke seluruh badan.
- Peluh Malam: Hot flashes yang berlaku ketika tidur, sering menyebabkan baju atau cadar basah dan mengganggu kualiti tidur.
- Perubahan Emosi: Mudah marah, cemas, rewel, atau emosi tidak stabil (mood swings) yang disebabkan oleh perubahan tahap hormon.
- Gangguan Tidur: Kesukaran untuk tidur (insomnia) atau sering terjaga pada waktu malam.
- Kekeringan Faraj & Libido Menurun: Faraj terasa kering yang menyebabkan rasa sakit semasa hubungan intim, serta pengurangan nafsu seks.
- Perubahan Fizikal Lain: Peningkatan berat badan, terutamanya di kawasan pinggang, kulit kering, rambut nipis, dan masalah pundi kencing.
Fasa ini berlaku disebabkan penurunan tahap hormon estrogen dan progesteron secara turun-naik. Wanita masih boleh hamil semasa fasa ini walaupun peluangnya rendah.
- Kitaran Haid Tidak Teratur: period masih datang tetap pada waktunya. Haid pun takde la sikit atau datang banyak. normal sama macam zaman 20an 30an
- Hot Flashes (Panas Badan): ni kalau musim panas memang la panas kan. Ada orang cakap hot flashes ni dalam aircorn pun boleh berpeluh panas. betul ke? setakat ni belum lagi bab ni.
- Peluh Malam: ini pun belum ada. kalau dh memang musim panas memang la panas berpeluh kan. tapi tak la sampai basah cadar
- Perubahan Emosi: zaman muda pun emosi naik turun kan hehe. ke lagi sensitif? takde pulak suami tegur makin emosi melampau. bila nak period tu selalu memang emosi tak berapa stabilkan. Ada masa tenang je sebab age ni malas nak fikir benda yang tak berapa penting. nak tenang tenang ajooo
- Gangguan Tidur: Alhamdulillah tidur lena. asal letak kepala selamatttt. kalau terjaga malam nak p toilet lepas tu senang je tidur balik
- Kekeringan Faraj & Libido Menurun: Alhamdulillah masih PANAS bab ni hehe. takde masalah faraj kering
- Perubahan Fizikal Lain: perut senang buncit , berat senang naik tu ye. tapi bila dah rasa berat naik tu cepat la kawal kan. puasa sunat ke IF ke.
Supplement Pre Menopause yang Saya Amalkan

Resv Vivix paling best untuk tenaga , kulit. Siapa nak awet muda tu wajib ambil ini. Dan resv vivix bantu jaga kesihatan dari peringkat sel. Bantu elak masalah jantung, kolesterol tinggi, paru paru, kuatkan imun. Mahal tapi berbaloi dengan khasiat dia. dan di dalam Resv ada bahan untuk masalah faraj kering. So siapa ada masalah libido tu wajib ambil ResV. hehe

Omega Guard ni fish oil. Banyak khasiat dia untuk lelaki dan wanita. bagus untuk kolesterol, turunkan viseral fat, perut buncit, sendi, mata, untuk otak. ehh takkan nak cepat nyanyuk pulak kan.

Protein penting untuk bina otot. makin kita berusia kena jaga otot tau. Bila otot tak cukup tu yang jadi penat tak bertenaga. protein juga penting untuk bina hormon, untuk sistem imun. Ni siapa ada masalah rambut gugur , kulit kering, jeragat kena ambil esp ni. ESP juga bagus untuk mereka yang ada masalah gastrik, gerd. dah makin berusia ni perut makin sensitif kan. so dari mimun 3in1 yang tinggi gula boleh sebabkan gula dalam darah naik baik la amalkan ESP ni. Glisemiks indeks pun rendah.

Makin kita berusia atas umur 30tu kena la jaga bab kalsium ni. seba bila tak cukup tu yang bila menopause lagi berisiko dapat osteoporosis. jatuh sikit tulang cepat patah retak. sebab tulang kita tak padat. ostenutrix ni juga bantu tidur lena. inilah rahsia saya boleh tidur lena dengan gembira. ostenutrix juga bantu relaxkan otot. ishh memang sedap la makan ostenutrix ni. dah kena memang jatuh cinta. badan jadi sedap

Age macam ni bab emosi memang ke laut dalam. Korang telan b complex ni kasi tenang antistress. takde la nak meroyan tak tenbtu pasal. lagi meroyan kat media sosial. Umur umur macam ni kita tulis benda yang bagsu bagi manfaat bukan gosip terkinja kinja dah ye. Malu kat anak anak yang dah makin membesar. B complex juga bagus untuk bina sel darah merah, untuk rambut kuku.
Siapa Boleh Ambil Supplement Pre Menopause?
Semua dah boleh ambil. sebab ini supplement bukan ubat. Saya sendiri amalkan dari umur 20an. Zaman tu kita mengandung, menyusu jadi penting supplement. dah makin berusia lagilah penting. Suami anak anak pun boleh makan. tak rugi pelaburan kita untuk sihat

Zaman anak anak dah makin membesar. mama makin tua hehe

Supplement Pre Menopause bukan la wajib tapi sangat membantu tingkatkan kesihatan kita. Tapi basic jaga kesihatan jangan lupa iaitu jaga makan, aktifkan badan.