Support Autism Sunshine September

Support Autism Sunshine September
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Ramai lagi masyarakatkita yang tak faham, tahu mengenai autism. Ainul sendiri ada pengalaman anak saudara yang autism. memang mencabar. tetapi bila kita sudah ada ilmu mengenai autism sedikit sebanyak dapat membantu kita bantu anak anak autism. Mereka sebenarnya sangat istimewa dan ada kepakaran tersendiri.
Jumaat lepas , Ainul dijemput oleh Suria KLCC untuk bersama sama menghadiri majlis pelancaran Sunshine September di Alamanda Putrajaya

Kempen Sunshine September 2015 ini diadakan untuk menyebarkan kesedaran tentang Autism.
Sekali lagi Suria KLCC telah bergabung tenaga bersama Alamanda dan Mesra Mall untuk menyebarkan kesedaran kepada umum tentang Autism dan mengumpul dana untuk National Autism Society of Malaysia (NASOM).
Kempen Support Autism ini akan diadakan di 3 Shopping Mall iaitu Suria KLCC, Alamanda dan Mesra Mall di Terengganu
Pelancaran kempen ini telah dilakukan oleh CEO Suria KLCC iaitu Andrew Brew

Petang tu juga, Najwa Mahiaddin turut membuat persembahan. Sedap sangat suara dia
Juga Persembahan yang paling SPECIAL adalah koir dari NASOM Maestro Choir
Mulai 2-30 September 2015 ini,  shopping di mana mana shopping complex yang terpilih dan cari butik, kedai yang ada papan tanda ini. Setiap pembelian anda akan disalurkan ke NASOM iaitu persatuan untuk anak anak Autism.

AUTISM?

Autism adalah istilah yang merujuk pada sekumpulan gangguan perkembangan yang mempengaruhi otak. Gangguan pada otak ini mempengaruhi kemampuan seseorang untuk berkomunikasi, menjalin hubungan dengan orang lain, dan merespon dunia luar dengan baik.
Orang yang menderita autism punya kecenderungan untuk mengulangi tindakan atau ketertarikannya, dan punya pola berpikir yang kaku.
Penderita autism mempunyai berbagai tingkatan. Sebagian penderita autism ini bisa berfungsi pada tingkat yang relatif tinggi, dengan kemampuan untuk berbicara dan kecerdasan yang utuh.
Sementara yang lain, punya tingkat kesulitan yang serius untuk berbicara, dan sebahagian yang lain sama sekali tidak mampu berbicara.
Dengan adanya pertubuhan NASOM – Nastional Autism Sociaty of Malaysia, banyak cara kita boleh menjadi sebahagian daripada perubahan ini menarik untuk mereka yang mengalami autisme. NASOM telah menubuhkan kaunter penerangan di semua pusat untuk mendidik orang ramai mengenai autisme dan cara2 untuk mendapatkan bantuan untuk individu autisme.
Mulai 3 September hingga 30 September 2015, mereka akan menjual T’shirt, stationary dan set kutleri manakala NASOM akan menjual seni dan kraf barang dagangan dan lukisan yang dibuat sendiri oleh kanak2 NASOM di Alamanda Putrajaya, Mesra Mall di Kerteh dan Suria KLCC. Jomlah ramai2 kita memberi support sambil menderma.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge