Tahniah Ibu Mertuaku
40 tahun bergiat aktif akhirnya mak mertua Ainul mendapat anugerah Sasterawan Negara ke 13. Alhamdulillah happy sangat dan tumpang bangga dengan kejayaan mak mertua. Ainul yakin perjalanan mama bukan mudah. bukan sekelip mata untuk dapat apa yang mama layak dapat sekarang
26 April 2016, Majlis Anugerah Sastera Negara telah dilakukan di Hotel Marriot Putrajaya. Alhamdulillah kami 1 family turut sama meraikan kejayaan ibu mertua. Kami diberikan 1 bilik di Hotel Marriot . Datang awal hari tu bawa anak anak mandi swiming pool dulu
Mama sasterawan negara wanita pertama selepas 12 orang sasterawan lelaki sebelum ini. Kejayaan mama membuka peluang besar kepada wanita untuk lebih giat dalam bidang sastera.
di pameran sasterawan negara potret kami sekeluarga. Dari zaman husband kecil sampai dah anak 2. beza tak muka dia. Gambar bawah tu dia yang pakai baju melayu biru gelap tu.
Pameran galeri sasterawan negara. Kisah perjalanan mama dalm dunia sasteranya. kejayaan beliau, anugerah, buku buku yang mama pernah terbitkan.
Persembahan malam itu yang sangat best. Lakonan yang mantap berkisah kan puisi puisi mama.
Majlis Anugerah telah di sampaikan oleh Dato’ Seri Mahdzir Khalid Menteri Pendidikan Malaysia.
Ahli keluarga yang hadir malam itu. Alhamdulillah semua berjalan lancar.
Tahniah mama semoga saya juga menjadi hebat seperti mama. Nak jadi hebat kena kuat, kental dan tahan segala suara suara kecil di sekeliling kita.
tahniah buat MIL ainul.