TIPS NEW AGENT NAK KEKAL KONSISTEN DALAM BUSINESS

TIPS NEW  AGENT NAK KEKAL KONSISTEN DALAM BUSINESS

TIPS NEW AGENT NAK KEKAL KONSISTEN DALAM BUSINESS

Selalunya bila kita baru nak jadi agent,kita mesti akan rasa terpinga2 dan tak tahu apa step yang kena buat.

❤️FAHAMI betul-betul “product” yang kita nak jual.

Tak perlu faham banyak2 produk,pening nanti.Faham 2 atau 3 produk dah cukup dah.So dari semasa ke semasa kita akan belajar produk2 lain secara tak langsung.

❤️PERCAYA dengan “product” kita

Sebagai agen,kita kena percaya produk yang kita nak jual ni supaya bakal prospek akan rasa confident.Bila kita percaya,kita nak explain dekat bakal prospek akan nampak keikhlasan yang bukan dibuat-buat.

Sebab inilah kita kena MAKAN , RASA EFEK dulu. kalau kita pun takut nak makan Shaklee macammana nak percaya dan bagaimana nak orang percaya?

❤️FAHAMI kehendak client

Bila kita menjual atau promote kepada bakal prospek,kita kena tahu situasi client kita.Bukan buat ikut sesedap rasa je.Kita kena tengok apa produk yang sesuai dan yang paling penting sekali kemampuan untuk client kita membayarnya.

Kena borak tahu masalah kita dan baru kita cadangkan yang terbaik untuk dia.

❤️EXPLAIN produk

Kita kena terangkan produk kepada client apa yang mereka ambil supaya client faham dan jelas.Bila client faham,proses akan jadi lagi senang.Dan perlu diingatkan,kita sebagai agen kena sentiasa sabar sebab selalunya client akan sentiasa tanya.Kita jaga client bukan untuk beberapa tahun sahaja tapi biarlah berpanjangan.

❤️TRAINING

Sebagai orang baru,training sangat2 penting untuk dapat knowledge daripada agen yang berpengalaman dan juga aura yang positif.

Jadi kalau ada je seminar , kelas paksa diri pergi. semua ini untuk KITA belajar, baiki diri, tambah ilmu

❤️JANGAN cepat puas dengan kejayaan yang dicapai

Setiap bulan adalah hari yang baru.Kita kena tolong seramai orang yang boleh dan untuk terus memastikan kita sentiasa komited dengan kerja kita.

❤️REJECTION

Rejection ni memang sebahagian daripada tugas kita.Percayala jawapan “TIDAK” bukan untuk selamanya.Jadikan ia sebagai pengajaran untuk kita improve diri kita.

❤️RESPECT leader

Sejauh mana pencapaian kita,selalu ingat siapa yang memperkenalkan kita dalam industri ini.Seeloknya kita yang cari leader,bukan leader yang cari kita.Sedut ilmu daripada leader2 lain juga untuk sentiasa kekal positif

❤️ISTIQAMAH dan BERDOA

Inshallah,bila kita dah usaha sehabis yang baik,berdoalah.Doa dan tawakal perlu seiring.

Okei itu saja tips yang dapat dikongsi.Semoga bermanfaat.

“Saya tak hebat tapi saya KOMITED”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge