Tips Untuk Anak Lancar Bercakap English

zaman sekarang tidak dinafikan lancar bercakap bahasa lain satu kelebihan terutama english. Kalau tengok kawan kawan anak anak, sepupu mereka dari kecil pun boleh bercakap english dengan baik.

Alhamdulillah anak anak Ainul sangat lancar english malah lebih hebat dari mak ayah dia. Bila dengan kawan kawan kejiranan sini cakap english macam itulah mother tongue mereka.

Ainul nak share beberapa tips yang kami buat dan sangat membantu anak anak lancar bercakap english.

Ainul dan suami macam biasa berbahasa melayu komunikasi harian. English tu ada la bila berjumpa orang, kejiranan sini dan dengan anak anak bukan 100 % cakap english. Cakap bahasa pasar biasa je

1.Pengaruh Youtube

Sekarang baby pun dah kenal youtube ye. bermula dari ABC, BabyShark, Cocomelon dan lain lain. Ainul dan suami tak melarang anak anak tengok youtube tapi ada hadnya. Bermula bila anak sulung Arreessa suka sangat tengok kaycee and rachel in wonderland family , Ryan Toy Review dan beberapa lagi. Dari situ mereka ikut apa terutama bab review makanan, review toys.

Punya la suka tengok Kaycee & Rachel sampai buat 1 video untuk diaorang. ni masa Arreessa 7 tahun.

 

 

Bila Maryam lahir, yelah jarak 4tahun kan. Arreessa yang banyak berbual bercakap english dengan Maryam. Sebabkan ini Maryam punya english slang US. Ada wanita Cina dia cakap ” anak u punya english i ingat anak mat saleh ”

JadiĀ  bila anak suka tengok youtube galakan tengok channel english. Anak anak dia cepat je tangkap. Apapun kena pastikan channel yang bagus la. kita tapis la dulu ye . yang simple untuk education macam Peppa Pig, blippi, Dora, Paw Patrol

 

2. Kawan Kawan

Sejak pindah rumah baru ni, rezeki dapat jiran jiran yang best. Berbeza bangsa tapi semua baik baik. dan ini pun sangat membantu anak anak bergaul dengan bangsa lain dan english bahasa yang mereka gunakan. Jadi sangatlah membantu english anak anak

anak lancar english

Bukan kawan kawan kejiranan tapi juga kawan kawan di sekolah. Kelebihan sekolah di bandar ni, kawan kawan di sekolah pun semua speaking, Jadi mereka akan belajar berkomunikasi.

 

3. Beri Galakkan

yang Ainul perasan, kids ni berani tak takut salah. Kita dewasa ni boleh tapi kadang takut, tak yakin sibik fikir grammar ni betul ke idok je. banyak sangat fikir. Budak budak mereka masih dalam suasana excited, terjah je. Jadi banyakkan beri galakkan untuk terus berkomunikasi.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge