UlangTahun Perkahwinan ke 10 Alhamdulillah
3 Julai 2009 saat kami diijab kabul dan 3 Julai 2019 genap 10 tahun usia perkahwinan. Blog ini wujud pun 10 tahun lepas dimana blog dibuat untuk saya cerita hal hal nak kahwin dulu. Dari zaman belum kawen, kisah alam perkahwinan, cerita mengandung, berpantang, menyusu dan ulang balik kisah sampai anak 3. hehe
10 tahun bersama sama dan macam macam ragam. Terima kasih suami yang banyak sabar dengan saya yang garang ni. huhu . Takde nak minta apa apa. cuma minta kita dierikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur untuk kita tua sama sama. travel 1 dunia kan
sempena 10 tahun ni barulah bersemangat nak ber photo shoot. Dulu photoshoot zaman kawen je. sekarang ni meh kita tengok perubahan selepas 10 tahun kawen