Yuran PASTI 2023 Untuk Anak 4,5 6 Tahun

Yuran PASTI 2023 Untuk Anak 4,5 6 Tahun

Anak bongsu dah 6 tahun la. Alhamdulillah 3 orang anak membesar dengan sihat. Jarang sakit, banyak membantu mama dalam buat kerja rumah. Siapa berkenan nak buat menantu? hehe

Pejam celik Dahlia dah 6 tahun dah masuk tadika. dan ini pertama kali dia nak ke sekolah. sebelum ni duduk kat rumah dengan mama je. Asalnya 4 tahun nak masukkan dia ke tadika tapi masa tu kan pandemik, lockdown. Masa dia 5 tahun nak masukkan tapi risau lockdown balik. serba salah pulak. dan akhirnya dah 6 tahun dia. Kali ni kenalah hantar dia ke tadika. kesian tak pernah jumpa kawan cikgu. Bagi biasakan diri sebelum masuk darjah 1

Kakak Kakak Dahlia sebelum ni masuk Little Caliph. Alhamdulillah LC sangat bagus kat Shah Alam ni. Asalnya nak masukkan ke LC juga tapi sekali kami kena pindah rumah. dan bila pindah PASTI lorong sebelah je. Rugi la kalau tak hantar ke PASTI. jalan kaki je. jimat minyak kete. tak payah kelam kabut kena hadap jam pagi pagi. LC area sini ada tapi jauh sikit kena bawa kereta. nak jalan kaki boleh tapi mencabar la sikit dengan nak bawa seketul Dahlia lagi.

Last week kami ke PASTI tu dan tanya ada lagi ke kosong. Alhamdulillah syukur ada rezeki masuk. kalau tak kena cari yang lain jauh la dengan rumah.

Yuran PASTI 2023 Untuk Anak 4,5 6 Tahun

Ini yuran PASTI dekat area sini ye. Setiap tempat kawasan negeri mungkin berbeza. tapi rasanya tak jauh beza.

 

Yuran PASTI 2023 Untuk Anak 4,5 6 Tahun

 

Total pembayaran untuk 6 tahun di PASTI RM1355 dan bulan RM230

bagi saya sangat murah berbanding LC . Zaman Maryam tadika 3 tahun lepas pun mau RM2k++

Semoga perkongsian dapat membantu kawan kawan dalam membuat perancangan dalam menghantar anak ke tadika.  Tadika mana mana pun sama. dan kita ibu bapa pun tak boleh la mengharap 100%  dari sekolah. kena bantu juga anak anak.

Dahlia tak p sekolah awal boleh ke membaca?

Dahlia bermula dengan kenal huruf . dia umur 2tahun lebih dah kenal ABC. dan dr situ dia tau ejaan sesutu tapi dia tak pandai membaca lagi. pelik kan? harap kat sekolah ni cikgu dapat la bantu dia lancar membaca. Apapun kami tak sampai memaksa dia untuk boleh membaca. Progress anak tak sama.

Ini video Dahlia umur 2tahun kenal ABC

 

2 thoughts on “Yuran PASTI 2023 Untuk Anak 4,5 6 Tahun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge