1st time naik BRT Sunway Pyramid

1st time naik BRT Sunway Pyramid

1st time nak  naik BRT ni. BRT ye bukan MRT. BRT ni bas atas laluan macam MRT. BRT ni hanya ada kat Bandar Sunway je tau. Bagus Sunway ni boleh kemudahan untuk penduduk, pekerja area Sunway. nak ke sana sini mudah.

Kebetulan Sabtu lepas ada event di The Parenthood Sunway Pyramid. Husband pulak ada kelas di Sunway Geo. Lepas je hanis event, ajak anak anak naik BRT.  Ainul dengan 3  orang anak. mencabar la juga nak suruh mereka jalan dari Sunway Pyramid ke Stesen BRT yang berhampiran

 

Kalau korang shopping dekat Sunway Pyramid tu, guna je laluan ke BRT atau guna shuttle bas. Saja jalan kaki guna laluan ke BRT. Buli budak budak ni sikit. hahaha

Sebagai upah kena buli, dapat la iskrem sorang satu. Dah makan iskrem nak jalan pun terkedek kedek. layankan je la. jangan meragam sudah. mak ijo kang

Kalau korang dari Sunway Pyramid nak station BRT, sila masuk ke Parkson. Parkson tu level bawah Bowling tu. Masuk ke Parkson nanti ada laluan kat belakang. ada 1 escalator untuk ke laluan BRT.

Nampak je sini belum sampai BRT lagi tau. ni baru pintu ke laluan pejalan kaki nak ke BRT. Arreessa dah kecewa dia ingat terus sampai BRT.

Sampai dah ke Stesen Sunway Pyramid. Takde la jauh sangat.  Jalan borak eh sampai dah. Laluan tu akan melalui Sunway Hotel, Sunway Pinnacle.

 

Sama macam MRT, LRT, Komuter kena beli tiket dulu ye. Agak mahal tiket BRT ni.  dari Stesen BRT Sunway Pyramid Ke BRT Stesen SunMed  jarak 1 stetsen je RM1.70 seorang. Bawah 6 tahun free. Arreessa dah dikira dewasa punya harga. Jadi Ainul & Arreessa kena la RM3.40.

Nanti korang akan dapat tiket bentuk bulat macam coin tu. Masukkan dalam laluan macam LRT tu.

Makan icecream sementara tunggu bas. beberapa minit je menunggu. tak lama sangat.

Bergambar dalam BRT. hihi.. Maryam malu malu dengan abang tukang ambil gambar.

Apapun pengalaman naik BRT ni best. anak anak mulanya takut takut ..dah lama sikit suka pulak. Lain kali kita naik MRT pulak

Jemput tengok vlog kami naik BRT.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge