Badan anak panas tapi tak demam

Badan anak panas tapi tak demam


Ibubapa seringkali khuatir samada anak mereka demam sebab kepala & badan rasa panas tetapi bila check dengan jangkasuhu suhu adalah normal. Suhu badan normal adalah antara 36.5-37.5 C. Bila suhu lebih 38 C, secara definisi perubatan seseorang itu demam.

Tetapi apa yang di alami oleh baby yang kecil adalah cuma penyesuaian suhu badan kepada persekitaran. Suhu badan manusia sama seperti haiwan mamalia yang mana otak akan cuba mengekalkan suhu badan yang sihat dalam lingkungan 36.5-37.5 C. Tetapi baby yang kurang umur setahun yang berat < 10Kg mempunyai ‘luas permukaan’ yang besar, maka suhu baby akan berubah dengan lebih ketara berbanding seorang dewasa. 

Contohnya…seorang baby yang berada dalm bilik air-cond akan menjadi sejuk kerana suhu persekitaran dan bila otak mengesan suhu badan menurun, ia akan secara automatic meningkatkan kadar penghasilan haba dari badan dan kawasan yang luas serta banyak salur darah seperti kepala dan bahagian lipatan akan ‘terasa’ lebih panas tetapi tak semestinya demam. 

Ini beterusan sehingga suhu badan meningkat ke normal tetapi ia berlaku secara beransur-ansur dan memandangkan otak masih kurang matang kadang-kadang proses ini berlarutan sedikit. Untuk kanak2 yang lebih besar perubahan ini tidak ketara.

Namun itu jangkasuhu komersial yang dibeli memang amat membantu untuk merekodkan suhu badan baby dan memberi maklumat penting kepada doktor yang merawat

info yang diperolehi dari pakar kanak kanak Dr Zarin Zain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge