Roti Nan Ayam Tandori Sedap Di Shah Alam Dan Restoran Ada Playground

Siapa sini peminat roti nan dan ayam tandorri ? Sepp sikit ! Ainul nak kongsi port roti nan dan ayam tandorri sedap dekat Shah Alam ni . dan extra best sebab tempat ini ada playground yang sesuai kalau kita bawa anak anak makan. Sambil makan boleh main. Senang mak ayah nak makan. hehehe

Roti Nan Ayam Tandori Sedap Di Shah Alam Dan Restoran Ada Playground

 

Roti nan dia lembut dan gebu. makan macam tu pun sedap. Ayam tandori dia pedas tapi tak garing sangat . Ayam dia banyak.

Dekat sini juga ada playground untuk anak anak. ta besar sangat tapi ok lah. tempat pun selesa. Sebab mamak ni asingkan tempat yang di luar tiada aircorn dan sesuai kalau yang nak merokok. di dalam ada aircorn lebih sesuai untuk family

mainan tak banyak. Nasib baik masa p ni tak ramai. Jadi dapat lah anak anak main dengan tenang.  Ni pun ada mainan yang dah rosak. Harap pihak Restoran akan baiki nanti. Bila ramai kanak kanak memang susah nak control. Jadi pandai la parents ye monitor. jangan sibuk makan sampai tak tengok anak anak bermain. dan anak anak sibuk main sampai lupa makan.

dekat mana ni?

Ini dekat Restoran Hameed di Seksyen 16 Shah Alam. Sebelah dengan Restoran Paksu Corner . Senang je nak cari.

Goreng goreng dia pun sedap juga. Oklah.

Siapa peminat roti nan tu boleh la try port sini pulak . Apapun makanan ni kena ikut selera tekak masing masing. ada yang rasa sedap, mungkin ada yang tak.

Bagi Ainul roti nan, ayam tandori ni oklah. tapi Ainul lagi suka kalau ayam tu garing. tahap kepedasan pun oklah. mungkin Ainul suka makan pedas. kalau orang yang tak tahan pedas mungkin rasa pedas sangat. apapun kena lah try dulu ye

Jangan lupa try ok. Cari je Paksu Corner tu mesti jumpa Restoran Hameed ni. Sebelah ajee.  Kat mana lagi post roti nan sedap di Shah Alam ni ye? Kalau ada yang tahu beritahu ye. Boleh Ainul terjah.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge