Kasut Sekolah Ringan & Selesa Untuk Anak

Pejam celik dah akhir tahun dah. Cuti sekolah pun dah bermula dan ibu bapa pun dah sibuk nak cari kasut sekolah untuk buka sekolah tahun depan.
Sejak Arreessa masuk darjah 1, perasan kadangkala dia bawa beg berat sangat. Sudah la badan kecik, beg berat. kesian tengok. Bahaya beg berat ni berisiko tinggi mengalami sakit belakang, leher, bahu, dan tidak ketinggalan tulang belakang.
Malah beg yang berat boleh mengganggu tumbesaran anak anak. Tapi takkan nak suruh anak anak jangan bawa buku ke sekolah pulak.
Antara cara yang terbaik untuk bantu anak anak ni adalah dengan pemilihan kasut yang selesa. Bukan sekadar selesa tetapi kasut sekolah yang membantu kesihatan kaki anak anak.
Kasut pilihan Ainul adalah jenama Pallas. Jenama yang glamour sejak Ainul sekolah lagi . Dulu zaman sekolah pun suka pakai kasut Pallas. Simple, selesa, sedap dipakai
Zaman Arreessa ni design Pallas lebih comel. Lagi lagi untuk anak perempuan. Design kasut sangat mempengaruhi dia. Nak design cantik comel baru semangat nak pergi sekolah.
Comelkan kasut ni. Comel dan yang penting membantu kesihatan kaki anak anak. Kalau bag berat, kasut pun berat lagi la membebankan mereka. kasut Pallas ni mempunyai Extra Light atau dikenali dengan X-Light. Sebab ni la kasut ni ringan. Kasut ringan memudahkan anak sesaiz Arreessa ni lebih senang bergerak aktif disekolah. Biasa la anak anak ni beg berat pun nak berlari sana sini juga.
Ni kasut Arreessa suka. yang ni model Pallas Jazz Single Velcro Strap 204-034
Yang best lagi pasal kasut ni sebab ianya mudah dicuci dan senang kering. Duduk kat Malaysia ni ada musim hujan je. Jadi sangat penting mencari kasut sekolah yang jenis senang dibasuh dan cepat kering. Arreessa jenis aktif, kasut pakai sehari dua dah hitam legam. Material kasut dari PVC, Canvas memudahkan proses mencuci dan kapur. Mak pun tak stress nak basuh kasut anak anak.
Bila membeli kasut untuk anak terutama yang baru masuk darjah 1, jenis strap lebih sesuai. Memudahkan mereka untuk buka dan pakai. Di sekolah kadangkala perlu ke padang, aktiviti yang memerlukan kasut dibuka. Ada strap memudahkan anak anak. Takde la aksi nanges sebab susah nak pakai kasut balik. Strap kasut Pallas ni tahan. Ada strap jenis cepat tertanggal, suka melekat buku, rambut la.Strap kasut Pallas ni tahan dan berkualiti
lagi 1 design yang sesuai untuk kanak kanak perempuan dan lelaki adalah design model Pallas Jazz Single Velcro Strap 202-0165
kasut Pallas ni sangat ringan dan sesuai untuk anak anak yang saiz badannya kategori kecil molek macam Arreessa. Kalau kasut berat, bag pun berat kesian mereka. Bahaya juga sebab beg berat akan mengganggu tumbesaran mereka. Jadi kasut yang ringan macam Pallas ni akan membantu untuk kesihatan kaki anak anak. Tidak la sampai kaki pulak sakit bawa beg berat. Teknologi X-Light membuatkan kasut ini sangat ringan.
kasut ni jenis canvas yang tahan lasak dan sangat selesa. sebab ini la ianya senang basuh . yang penting ianya tahan lasak. kerap basuh dan tak cepat rosak. alah membeli menang memakai.
Korang tahu tak yang kasut Pallas ni boleh beli secara online sekarang. Senang jer. Boleh pergi beli terus di website Pallas https://www.pallas.com.my/school-shoes
Nak tahu saiz macammana? Untuk tahu saiz, boleh refer size guide yang ada di website Pallas
Caranya mudah je. Lakarkan bentuk kaki anak anak atas kertas putih. ambil pembaris ukur. Ambil 1cm besar dari ukuran kaki tu. Katakan kaki anak ukurannya 10cm. Jadi ambil la saiz kasut 11cm. Besar sikit sebab nanti nak pakai stokin dan kaki anak pun sebab besar.
Ukuran ni boleh digunakan walaupun korang nak p beli di kedai. ukur siap siap pergi kedai terus minta saiz. jimat masa.
kalau tak boleh beli online, boleh beli di mana mana cawangan Tesco & AEON.
Kasut yang sesuai untuk anak anak sangat penting. Mereka akan pakai seharian di sekolah. Berjalan, berlari, melompat. Kasut yang bagus akan membantu anak anak lebih aktif dan ceria
Kasut sekolah yang tahan, ringan penting dalam membantu anak anak kita kekal aktif di sekolah. Kalau kasut tak selesa nak buat aktiviti pun rasa tak selesa juga kan. Pemilihan kasut yang bagus, berkualiti tinggi sangat penting. Bagi Ainul kasut Pallas harganya sangat berbaloi dengan kualitinya yang tinggi.