Nursery Untuk Anak bawah 2 tahun Di Shah Alam

Nursery Untuk Anak bawah 2 tahun Di Shah Alam

Ramai yang pm, whatsapp bertanya pasal benda ni. maaf sangat kadangkala termiss nak jawab semua soalan. Maaf sangat sangat tau.

Sebab ramai yang dok tanya jadi Ainul kongsikan kat entry ni. jadi senang bila bila nak boleh google insyaALLAH jumpa

 

Tak dinafikan nak hantar anak bawah 2 tahun ke nursery memang susah. ada banyak nursery yang terima bawah 2 tahun tapi yang ikut citarasa kita susah. Kalau boleh nak hantar la yang ok, yang ada aktiviti kan. takde la p nursery keje makan tido.

Ainul dah lama tak hantar anak yang bawah 4 tahun ke nursery. Ainul resign keje engineer dan bekerja dari rumah jaga anak anak sendiri. Arreessa je la merasa dok nursery dari kecik. Maryam dan Dahlia memang duduk rumah dengan Ainul.

Masa zaman Arreessa which is dah 7 tahun lepas. nak masuk 8 tahun dah. so banyak nursery tu dah tak wujud. Untuk rujukan korang ,Ainul nak share nursery yang anak anak sedara Ainul pergi.

Anak anak sedara Ainul pergi  Nursery ar raziq child care centre di Seksyen 3 Shah Alam. Sejak baby la mereka kat sini. Anak kakak ipar Ainul 3 orang hantar sana. So far nampak bagus nursery tu. Ada aktiviti. Anak sedara yang baru setahun lebih pergi saya pun macam macam pandai

 

nursery anak bawah 2 tahun Shah Alam
Anak sedara yang pakai baju putih ala ala pilot tu. baru 1 tahun lebih.

 

2 orang lagi kakak kakak dia umur 3 tahun dengan 4 tahun. Dari kecik mereka kat nursery ar raziq child care centre ni. kalau dah dari kecik kat sini kira ok la kan.

Pasal harga nursery ni Ainul tak berapa pasti. Standard harga nursery sekarang la kan. Nak nursery terbaik, kenalah korban kan duit sikit kan. Janji anak anak happy. Kalau asal nak murah jangan la bising kalau serba tak kena nanti.

Appaun korang boleh la ke FB  ar raziq child care centre atau boleh terus ke nursery ni tanya ok.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge